Pembeli selalu mengajukan soalan kepada peguam bilakah mereka perlu membayar ansuran bulanan rumah kepada pihak bank jika membeli rumah subsale. Jika melibatkan pembelian rumah subsale, pihak pembeli perlu membuat bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank mereka sekiranya pihak bank telah menyelesaikan hutang penjual. Akan tetapi, rumah tersebut masih belum menjadi milik Pembeli oleh kerana proses Pendaftaran pindah milik yang diuruskan oleh Peguam masih belum selesai.
Antara proses-proses yang terlibat selepas Bank Pembeli membuat bayaran tebus hutang pinjaman perumahan Penjual adalah:-
1) Pihak Bank Penjual perlu menandatangani borang melepaskan gadaian dan memberi kesemua dokumen-dokumen yang berkaitan untuk pihak peguam membuat urusan melepaskan gadaian dari pihak bank penjual.
2) Peguam menguruskan urusan setem duti bagi dokumen pindah milik dan gadaian Pembeli di LHDN bagi tujuan adjudikasi.
3) Mendaftarkan dokumen pindahmilik dan gadaian di pejabat tanah
4) Menghantar surat nasihat kepada bank untuk membuat pengeluaran duit dan diserahkan kepada Peguam sebagai pembayaran baki harga belian.
Setiap proses-proses yang disebut di atas akan mengambil masa dan Bank berhak menuntut pembayaran ansuran bulanan kerana telah mengeluarkan sebahagian wang pinjaman kepada bank Penjual dan Pembeli masih tidak dinasihatkan untuk memasuki rumah tersebut kerana Proses pindahmilik belum berlaku.
SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK
Bagi hartanah yang masih belum dikeluarkan suratan hakmilik individu, pindahmilik biasanya dilakukan melalui satu surat ikatan atau ‘deed” iaitu Surat Ikatan Penyerahan Hak atau “Deed