Penyempurnaan gadaian berkait rapat dengan penyempurnaan pindah milik, di mana penyempurnaan gadaian diperlukan apabila, semasa pembelian hartanah, pemaju masih belum mengeluarkan hak milik strata atau hak milik individu bagi hartanah tersebut. Ini berlaku apabila hartanah itu masih di bawah hak milik induk (atau geran bagi unit rumah itu sendiri) seperti pangsapuri dan kondominium, dan pembelian hartanah dilakukan melalui pembiayaan pinjaman daripada institusi kewangan.
Semasa pembeli membuat pinjaman perumahan kepada institusi kewangan (selepas ini disebut sebagai bank), terdapat satu klausa yang dinyatakan dalam perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh peminjam dan bank. Klausa tersebut menyatakan bahawa, sekiranya selepas pinjaman dilunaskan untuk pembelian hartanah itu dan hak milik strata atau hak milik individu telah dikeluarkan bagi unit rumah yang dibeli melalui pinjaman bank, serta pinjaman tersebut masih aktif, maka adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk membuat penyempurnaan gadaian.
Oleh itu, sebagai pemilik benefisiari hartanah yang membuat pinjaman daripada bank, anda bertanggungjawab untuk membuat penyempurnaan pindah milik berserta penyempurnaan gadaian. Anda perlu mendaftarkan nama anda pada hak milik yang telah dikeluarkan dan menjadi pemilik berdaftar bagi hartanah tersebut. Selain itu, anda juga perlu mendaftarkan nama bank yang memberi pinjaman perumahan kepada anda (sekiranya masih terdapat baki pinjaman).
Terdapat kos tambahan yang perlu dibayar oleh pembeli kepada peguam untuk melaksanakan proses penyempurnaan gadaian. Anda boleh memilih sama ada ingin melantik peguam yang sama yang mengendalikan proses pinjaman perumahan anda untuk menjalankan proses penyempurnaan gadaian, atau anda juga boleh melantik peguam lain sekiranya tiada bantahan daripada pihak bank. Namun begitu, pastikan peguam yang dilantik adalah daripada panel peguam bank pinjaman anda. Penyempurnaan gadaian tidak diperlukan sekiranya pinjaman perumahan anda telah diselesaikan sepenuhnya kepada bank.
SURAT IKATAN PENYERAHAN HAK
Bagi hartanah yang masih belum dikeluarkan suratan hakmilik individu, pindahmilik biasanya dilakukan melalui satu surat ikatan atau ‘deed” iaitu Surat Ikatan Penyerahan Hak atau “Deed