Pelancaran LW Listing Manager Apps untuk Android & IOS
Warga Landsworth Properties,
Hari ini kita membuka lembaran sejarah baru untuk agensi kita, di mana kita telah melancarkan applikasi android, ios dan website yang dikenali sebagai LW Listing Manager yang mana ia boleh meningkatkan kecekapan perkongsian listing di antara bizpartner di bawah pengurusan agensi kita. Sebelum ini bizpartner akan berkongsi listing dengan menggunakan medium seperti whatsapp, telegram dsbnya. Ini menimbulkan kesukaran untuk mencari listing dan mengambil masa yang sangat lama untuk kita match kan listing tersebut dengan keperluan carian kita. Adakalanya kita terpaksa 'menyelongkar' banyak group perkongsian listing hanya untuk mencari listing yang dikehendaki, tetapi hasilnya hampa.
Dengan adanya applikasi perkongsian listing pintar ini akan memudahkan setiap bizpartner untuk memuat turun (download) listing rakan co-A berserta gambar hartanah. Dan seterusnya memuat naikkan (upload) listing itu semula ke channel markerting seperti mudah, iproperty dan propertyguru. Dengan sistem indexing yang terkini, carian listing juga menjadi mudah dan pantas.
Ia mengambil masa hampir 7 bulan untuk perancangan dan pembangunan applikasi itu sendiri. Ia sangat memakan masa dan juga melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi.
Harapan saya, semoga setiap GAM, AM dan Team Leader dapat menggunakan sistem perkongsian listing ini sepenuhnya. Dan seterusnya boleh diterapkan pengunaannya kepada anak buah masing-masing. Kita menjangkakan group rasmi telegram Landsworth akan ditutup dalam waktu yang terdekat. Sekali lagi saya mendoakan kejayaan anda semua. Semoga prestasi jualan kita akan terus meningkat dengan adanya applikasi perkongsian listing ini.
Salam Maju Jaya,
Haji Lokman Hakim Bin Johar
CEO, Landsworth Properties Sdn Bhd
Tags
Talk To A Landsworth
Our Partners
Brand Partners Successfull Projects Trusted Many Clients Real Estate
Our Team
Our Real Estate Team members
Our Client
Our Real Estate Client members
Management Team
Our Real Estate Team members